PINTAR STEM

Inisiatif Pendidikan Nasional

Inisiatif ini berpaksikan kepada kerjasama diantara pelbagai pemegangtaruh yang berteraskan pelaburan sosial diperingkat kebangsaan. PINTAR STEM diasaskan melalui usaha kolaboratif Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dengan menyasarkan Pulangan Sosial (SROI) 4:1 menjelang 2030.

Bagi memastikan kelancaran program ini, fasa rintis dimulakan pada tahun 2026 di Pahang, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Fasa ini sangat penting untuk menguji model pendidikan yang dirangka, melihat keberkesanan modul, dan mengukur impak pelaburan sosial sebelum ia diperluas ke seluruh negara menjelang tahun 2030.

Objektif program
  • Memupuk minat dan sikap positif pelajar terhadap bidang Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
  • Membantu pelajar memahami konsep asas melalui aktiviti pembelajaran, demonstrasi, praktikal & penilaian.
  • Memberi pendedahan awal tentang peluang kerjaya dalam bidang STEM.
  • Menganalisa kecenderungan murid/pelajar terhadap bidang STEM terutamanya dalam bidang AI (Kecerdasan Buatan), 3D Printing (Rekabentuk), Matematik, Dron dan Mobiliti (Kenderaan Elektrik).
Sasaran PINTAR STEM menjelang 2030