PINTAR
Inisiatif Pendidikan Nasional
PINTAR (Pemerkasaan Ilmu Dan Teknologi Untuk Aspirasi Rakyat) adalah sebuah Inisiatif Pendidikan Nasional melalui gabungan strategik komprehensif antara Agensi Kerajaan, Universiti, Industri, dan juga Komuniti. Fokus PINTAR adalah untuk memajukan bidang TVET, STEM, dan Kecerdasan Buatan atau AI. Sebagai pemacu transformasi pendidikan, PINTAR akan bermula dari sekolah, bersambung ke institusi pengajian tinggi, dan seterusnya merangsang R&D Teknologi. Hasil inovasi ini bakal melahirkan syarikat startup baharu yang seterusnya berkembang menjadi pengilangan teknologi, dan akhirnya membentuk satu Industri Teknologi Nasional yang teguh.
Inisiatif PINTAR
Pelbagai inisiatif komprehensif dilakukan bagi menangani modal insan di Malaysia terutama dalam bidang TVET dan STEM. PINTAR menyasarkan Pulangan Pelaburan Sosial (SROI) 4:1 menjelang 2030.






Info semasa
Ketahui inisiatif pendidikan nasional dan kepakaran kami memberi kesan kepada masyarakat dan mengubah kehidupan menjadi lebih baik.






