TALENTLYMPICS
Program Talentlympics merupakan satu inisiatif pembangunan bakat dalam bidang teknologi di peringkat global yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengetengahkan kreativiti, kemahiran dan inovasi mereka melalui pertandingan antarabangsa. Program ini direka untuk memupuk pemikiran kritis, penyelesaian masalah serta keupayaan berdaya saing dalam kalangan peserta, selaras dengan keperluan dunia digital masa kini. Melalui penyertaan dalam Talentlympics, peserta bukan sahaja dapat menguji idea di pentas global, malah berpeluang berkolaborasi dengan rakan dari pelbagai negara, sekaligus memperluas perspektif dan jaringan antarabangsa dalam bidang teknologi.
